![]() |
| Wajah terkini aku..tapi ni bukan anak aku yang terkini.. |
Aku bukan sengaja nak hilangkan 'cute' aku ni tapi ni jelah ubat kepada penyakit aku.HUHU.Hampir sebulan jugaklah aku memang sakit kepala yang amat sangat. Kalau berjalan ja mesti terasa macam kepala aku ni sedang bergegar..memang perit kot (yang peliknya malam ja aku rasa cam ni,siang aku boleh ja hidup secara normal). Cuba korang bayangkan tahap sakit tu.Aku suruh bayangkan ja tao,bukan rasa betul-betul sebab memang sakit amat weh. Aku ada jugak jumpa doktor,hebat doktor kat Malaysia ni aku sakit kepala dia suruh aku sedut gas sebab aku ni ada sejarah lelah.Aku pun tak tao apa kaitan kepala aku ni dengan gas tersebut..HUHU.Cara moden pun xberjaya nak merawat penyakit aku,aku pun cuba lar cara tradisional tapi aku xlah jumpa bomoh sebab pemikiran aku puna ala2 moden jugak.HAHA.Aku jumpa dengan sorang ustaz kakak angkat aku yang kenalkan.Manalah tau kan kalau-kalau aku terkena buatan orang,faham-faham jelah tahap mulut aku yang xdak insuran ni(syarikat insuran pun takut nak jual insuran mulut kat aku,kompom rugi..HAHA).Alhamdulliallah ustaz tu cakap aku selamat dari ancaman benda halus..HEHE.Kalau cam ni lah gaya bercerita aku bole buat tajuk ni untuk part 2..HAHA.Ok2 lah kesimpulannya aku kena pakai cermin mata untuk protection mata aku dari sinaran cahaya komputer.HUH!!
Sumpah aku rasa aku dah tak cute lagi sekarang.Kalau dulu aku memang terasa sangat yang aku cute.Mana taknya friendster aku pun nama Aida Yang Cute,tu pun hampir seratus orang yang sudi jadi friend aku sebab dyorang memang rasa aku cute.HAHA.Kalau aku letak kat fb aku sekarang ni kompom orang yang add aku xsampai sebulan dah remove,tak cukup dengan tu mesti ada yang tulis kat wall aku,Thanks kompom..dan seterusnya komen orang tu mst berbunyi awak cute ke.Memang tahap terlebih rasa lah aku.HUHU.Email yahoo aku dulu pun username buDaK peReMpuaN yG cUTe, ramai jgak yang YM aku,yelah mesti dyorang bangga boleh chat dengan orang cute kan.Sekarang dah skema email nama ikut kad pengenalan Aida Husna.Kalau aku letak nama cute tu dalam email sekarang minta kerja,memang sah-sah syarikat-syarikat aku minta kerja tu akan reject aku dengan alasan 'kami xambil pekerja yang perasan cute'.HAHA
Memang aku sedih sangat lah sekarang bukan aku ja rasa aku dah x cute orang sekeliling pun rasa macam 2.HUHU.Aku ingat lagi masa kat U dulu aku dengan kawan-kawan aku ada celebrate besday kawan aku sorang ni yang lahir bulan 3,time tu kan ada pesta konvo.Jadi kami buat keputusan nak sambut secara kejutan kat pesta tersebut.Kejutan yang paling best sekali kami buat kami suruh dj wish besday kat besday boy.Hampir 5km jugaklah boleh dengar wish tu sebab suara dj 2 di bawa angin malam.Jadi dj pun sebutkanlah satu persatu nama2 kawan yang wish kat besday boy ni.Sebab tulisan aku yang paling cantik aku yang tulis wish tu,aku letak nama aku paling akhir aida yang cute.HAHA.Teruja sangat aku ramai yang sms aku, kecik ati sebab aku xbuat ucapan kat dyorang.Kat sini aku nak menyatakan ramailah yang kenal denagan aku yang cute ni kan??Apa lagi besday boy jeles ar sepatotnya orang wish kat dia.HAHA.Tapi aku nak pecah rahsia sebenarnya aku tipu geng sdg aku ja,yang dok sms aku tu xsampai 10 orang pun,tangan aku selebihnya dok sms rumate hg lah besday boy..apsal plak dia malu nak join sekali.HAHA
Kawan-kawan aku kat U dulu memang rasa aku ni cute kot.Kalau tak percaya,try tengok phonebook dyorang ramai jugak yang dok save nama aku Aida Cute.BETUL!!Sekarang ni memang xdak lah paling panjang pun kawan-kawan opis aku mesti letak nama Aida dengan di ikuti nama opis aku.Memang sangat xsesuai nama tu dengan aku..HUHU.Tapi kalau kawan-kawan U aku nak delete nama tu pun aku xkisah sangat sebab aku faham korang bukan ikhlas pun nak letak kan..kan..kan.Kalau tak aku dengan best friend aku Qilah xambik handphone korang pas tu dok edit kat phone number aku tu dengan nama Aida Cute n Qilah Cun mesti korang pun xberhasrat nak tulis cam tu kan..kan..kan.HAHA.
Hati aku memang terasa sangatlah aku dah xcute kini.Masa zaman cute aku dulu kawan2 aku selalu antar sms ataupun call aku dengan nama cik Aida yang Cute untuk minta tolong.Aku yang sememangnya cute akan cepat-cepat tolong dyorang tau.Tapi kini semua tu tak berlaku,supplier atau bank kalau call aku mest ckp nak bercakap dengan Cik Aida..dah xdak sambungan kat belakang.Kalau dyorang ni tambah sikit perkataan cute tu kompom aku cakap kat bos,soh buat payment hari tu jugak.HAHA
Aku dah macam redha lah disebabkan cermin mata GA Blue aku tu aku memang dah tak cute(saja je bagitau brand biar korang yang xpakai cermin mata terasa iri hati.HAHA).Keredhaan aku ni jugak berasas di sebabkan aku selalu tengok gambar kahwin membe-membe fb.Biasalah tu aku kalau tengok mestilah bagi komenkan. Tapi aku xlah komen kat fb dyorang tu, kalau aku komen pun sekadar tahniah dah kahwin. Komen aku yang lain-lain mestilah melalui mulut aku yang xdak insuran ni.HAHA.Ada lah aku cakap membe aku ni cantiklah time kahwin kalau selalunya biasa ja sebab dia pakai spec.Ofismate aku yang dengar dialog aku ni pun menyampuk, orang pkai spec kalau xpakai spec cantiklah memang.Zapp..aku dah boleh tersenyum kini.
HAHA.Aku ingat aku nak terus pkai cermin mata lah.Time aku kahwin nanti mesti aku nampak cute semula.HAHAHA.Aku pun nak kahwin lambat lagi mungkin time tu usia aku dah lanjut dan jugak mungkin garis-garis penuaan sudah kelihatan.Sekurang-kurangnya nampak lainlah sikit dengan menanggalkan cermin mata.HAHA.
Untuk mengelakkan aku dari terus berangan-angan aku nak akhirilah entri ini di sini sahaja.HAHA


No comments:
Post a Comment